Thursday, October 14, 2010

10.10.10

cantikkan tarikh 10 oktober 2010?
yeay~! setelah 3 tahun merantau ke sabah, akhirnya aku berjaya menamatkan pangajian ijazah sarjana muda sains di UMS.. alhamdulillah.. walaupun pngk kurang memuaskan.. da cuba struggle final sem tapi.... (sem 4 & 5 agak drop la juga.. huhu.. tak pe la..) konvokesyen di UMS tahun ni berlangsung selama 3 hari.. 9-11 oktober.. n luckily untuk sekolah SST adalah pada sidang ke-4 iaitu pada 10 oktober 2010.. waktu petang.. penganugerahan sijil dilakukan oleh naib canselor UMS merangkap lecturer aku sendiri, Prof K..

alkisah perjalanan aku ke sabah.. flight aku ke sabah pada 6hb okt pukul 9.20pg.. mmg aku saja ambil time tu sebab bolehlah ayah aku hantar aku gi airport sekali dia on the way gi kerja.. hehe.. pagi tu jam 6 da keluar rumah.. (actually 6.15 kot..) kena keluar awal.. kalau tak, jam la nanti dekat sungai buloh tu..

time dalam flight pulak, aku duk kat seat tepi tingkap (itu wajib..! hehe..) dan jiran aku adalah orang putih.. ceh~ baik la juga walaupun aku tak banyak cakap dengan diorang.. sampai je sabah jam 12tghari, aku terus ambil teksi pergi kolej IP nak simpan barang.. hampir jam 2ptg, aku naik bas IP pergi UMS sebab nak ambil jubah siap2.. malas nak tunggu lama2..

aku jangkakan duration time nak ambil jubah ni lama la juga.. tapi waktu aku pergi tu tak ramai orang, jadi sekejap je la urusan aku kat sana.. terus direct ambil saiz M (memang tak de ukur2 da sebab itu je saiz paling kecil..), gi kaunter 4, 5 and pastu da siap.. da settle tu, aku tak tahu nak pergi mana pulak.. last2 kebetulan dapat satu mesej daripada abang angkat aku ajak tengok movie kat 1B cerita Magika (alamak, baru teringat.. duit wayang..! dei~)..

sampai je 1B, aku pergi tempat bowling dulu (padahal abang angkat aku kata dia tunggu kat tempat wayang..) sekali, alamak..! macam kenal je group budak lelaki tu.. mamat baju hijau tu pun.. jeng3~ takde la suspen mana pun.. haha.. jumpa dak2 boys kos aku dgn kawan2 diorang je.. and one of it of course la mr.N.. selepas 5 bulan ea? betul la kata seorang kawan dia yang dia da makin sihat.. huhu.. bahagia duduk di rumah mungkin.. (^^,) tp bukan tu masalahnya.. damn worried about his health je la.. yang bestnya, aku tak tegur pun dia langsung time tu.. kawan laen plak yang aku tegur.. haha.. pape la..

after that, gi kat tempat wayang pulak and aku nampak kawan2 abang angkat aku pun ada sekali merangkap budak2 program kolej IP dulu.. maka ramai2 la kitorang tengok cerita magika.. rating, 2 stgh bintang kot.. huhu.. banyak sangat nyanyian.. cerita High School Musical pun tak banyak nyanyi macam tu.. boleh diperbaiki lagi..

(kene singkatkan sebab nak tido da ni..)

aktiviti 7hb oktober.. makan free~! ahahaha.. best2.. planning dengan kosmates kata nak makan ramai.. dapat piza free aritu.. hehe.. bayar guna duit claim field trip.. mmm.. kenyang sey~ 4 keping piza kot.. huhu.. petang tu rehearsal konvo kat DC.. memang bersemangat bila ada juga parents yang join rehearsal.. bangga tu anak2 bakal konvo.. =)

8hb oktober plak, emm just pegi ambil kreta tuk kegunaan family the next day since flight diorang ke sabah hari sabtu (thnx ana tolong temankan..).. petang tu, pergi la pulak 1B.. tengok wayang dengan geng Yakuza n ecah cerita detektif Dee.. boleh tahan la.. sekarang ni aku tengah cari masa nak tengok cerita Alpha & Omega.. macam sweet je kan? (^^,) insiden paling best bila kitorang pergi kareoke.. ntah silap teknik gamaknya.. lepas saja nyanyi lagu Nur Nilam Sari, masing2 terus tak keluar suara.. haha.. nasib2..

9hb oktober, time tu pick my family.. yeay~ but after that, apa yang dirancang tak menjadi.. sampai2 je hotel apartment, semuanya terus tido.. masing2 tak cukup tido pagi tu.. dan rancangan ke kundasang pun terbatal secara automatik.. (^^!) (agak frust juga time tu.. terbawa2 2-3 hari.. huhu..) right after that memang mood aku agak terganggu.. serba serbi tak puas hati.. angin oo angin..

10 oktober.. here comes the biggest day of my life.. bachelor science degree convocation.. pagi tu satu family bersiap awal2 tuk ambil gambar kat studio.. memang planning lepas ambil gambar trus bergerak gi UMS plak.. huhu.. lewat sedikit sampai UMS.. diorang yang laen kata nak ambil gambar ramai2 kat dataran DC.. tapi bila lalu sana takde orang pun.. naek ke lobi baru jumpa yang laen2 tengah bersiap.. jadi bergambar?? hmm.. time tengah beratur panjang2 before perarakan masuk graduan.. nak dijadikan cerita, aku waktu tu da bagi semua kamera n nset dekat parents aku sebab dah dalam peraturan kata tak boleh bawa masuk nset.. kecewa je bila kawan2 laen slumber bawa kamera and nset.. serius waktu konvo tu aku tak banyak ambil gambar kawan2 guna kamera sendiri.. lepas da konvo, ingat nak ambil kamera jap n bergambar dengan kawan2.. sekali gi balik tempat berkumpul, semua da tak de.. da ilang.. harap sangat2 sape yang ade ambil gambar tu dapat send soft copy kat aku sekali.. ='(

malam tu, aku tak kira.. gara2 tak dapat baling topi ramai2, aku baling sorang2 dalam bilik hotel.. adik aku yang ambil gambar.. pastu ambil gambar setiap orang pakai jubah.. huhu.. macam2 pose la juga aku dengan family aku peraga jubah tu.. tak kisah la.. janji bahagia.. (^^,)b

esoknye plak, kitorang satu family dah nak balik KL.. selasa aku da start kerja balik.. jadi, kena la bagi settle semuanya pagi tu juga.. huhu.. gerak pagi, drive kereta pegi UMS.. bagi balik jubah n ambil transkrip.. pastu jumpa aisyah, syaza n ana sekali.. kitorang pun bergambar la ramai2 sebelum setiap daripada kitorang bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.. hehe.. yang pertama kahwin adalah......................... teett~~! yang penting bukan aku.. haha..

dalam flight balik, takde ape sangat yang berlaku selain daripada aku berebut dengan abang aku nak seat tepi tingkap.. aku tahu dia nnt nak tido je dalam flight.. jadi biar tukar siap2.. hehe.. macam2 gambar permandangan yang aku dah ambil sepanjang dalam flight.. nanti bila2 kalau aku rajin aku upload gambar2 tu sikit ea.. kalau rajin.. hehe.. bye..

No comments:

iKaN KoDeK-KoDeK

~klik pada permukaan air utk memberi makan~