Friday, February 3, 2012

Kelebihan bekerja ikhlas

*copied from here

Banyak manfaat yang dapat kita perolehi dengan bekerja yang ikhlas. Selain mendapat gaji dan meningkatkan produktiviti kerja, Kita juga akan disukai Allah, majikan dan teman sekerja.Tambahan, bekerja itu kan satu ibadah.Oleh itu bekerjalah kita dengan ikhlas.

Kelebihan bekerja dengan ikhlas.

1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran
Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seorang hamba ikhlas, "talian hayatnya" bersambung dengan Allah. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.

2.Hasil Kerja Berkualiti dan Produktif
Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka dia tidak akan bekerja melebihi kadar gaji yang diterimanya. Tetapi jika seseorang bekerja ikhlas kerana Allah, dia akan melipat gandakan kerjanya di tahap terbaik kerana yakin pembalasan daripada Allah jauh lebih banyak, baik dan kekal. Dia juga menjadi pekerja yang produktif, tanpa memilih hanya kerja yang ada nilai "self promotion" (ganjaran pangkat dan gaji) malah dia juga giat dalam kerja-kerja yang memberi nilai "self improvement" (peningkatan nilai murni dalam diri). Tegasnya dia tidak terlalu berkira dengan tenaga, masa, dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja-kerja sukarela dan khidmat masyarakat.

3.Terhalang daripada Melakukan Penyelewengan
Pekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh "punch card", CCTV, dan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalangnya daripada rasuah, ponteng, curi tulang, dan lain-lain perbuatan negative kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah. Walaupun begitu, tidak salah menggunakan sistem pemantau luaran kerana sifat ikhlas sedang dalam pembinaan. Itu juga membantu proses mujahadah untuk mendapat keikhlasan.

4.Hubungan Harmoni Sesama Rakan Sekerja
Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba, sabotaj, mengumpat, apalagi memfitnah rakan sekerja. Cinta dunia adalah "kepala" kejahatan. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah dan tidak ada sebab untuk mereka menzalimi orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran material. Tempat di sisi Allah sentiasa luas dan tidak perlu berebut-rebut berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad.

5.Taat Orang Atasan dan Hormat Orang Bawahan
Orang yang ikhlas akan mentaati perintah, teguran dan keputusan atasannya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Begitu juga, mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham bahawa pemimpin merupakan "khadam ummah" bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi.

6.Yakin dan Berani Menyatakan Pandangan dan pendirian.
Ketaatan dalam Islam tidak menutup pintu perbincangan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, orang yang ikhlas tidak teragak-agak untuk menyatakan pendiriannya apabila kena pada tempat, masa dan suasananya. Apa yang dirasakan benar, dinyatakannya dengan jelas dan beradab sekalipun pahit. Dia tidak akan bermuka-muka. Kata-katanya adalah dari hati bukan "ambil hati". Dan dia bertanggungjawab atas pendirinyannya bukan bersifat "lempar batu, sembunyi tangan".

~niat kena jaga.. jom sama2 kita jaga.. insyaAllah.. =) ~

heartless~

bila yang indah itu terasa sementara
bila yang gembira itu berganti menjadi duka
bila hening pagi bertukar menjadi ribut kelaraan
apakah erti hidup ini andai apa yang kita impikan hanya khayalan belaka?
apakah maksud yang tersirat disebalik setiap yang terjadi?
misteri yang kekal menjadi misteri
menjadi teman dalam kehidupan ini
susah senang kehidupan diadukan kepada Yang Maha Esa
kerana Dia kekal hidup selamanya
mengharap kekuatan dalam diri
agar aku mampu hidup dalam kekalutan dunia
memikirkan arah tujuku di masa akan datang
menagih petunjuk dariNya
agar selamat diriku selamanya............


Wednesday, January 18, 2012

hasil kerja 18012012~

salam sejahtera..

salam tahun 2012 juga.. ngee~ dah tahun baru kan? pejam, celik, pejam, celik.. tak sangka.. dalam setahun lebih kerja, duitku kini habis diguna.. waa~ (nak kumpul tu sikit main lama woo..) T-T tak mengapa la.. hari ni aku dah dapat kereta yang aku booking 3 minggu lepas.. yang peliknya, ayah aku yang excited lebih.. tengahari dah hantar mesej tanya "sudah melaram ke kereta baru?" padahal, aku kena ambil kereta pukul 3 petang.. kerana excitednya ayah aku, aku dengan mama aku tiba setengah jam awal daripada masa yang dijanjikan.. (^^!) p/s: tak dapat awal pun.. pukul 3 baru orang kat tempat kereta tu jumpa kitorang.. huhu..

selesai penerangan sedikit2 dekat tempat kereta tu tadi, aku dengan mama aku pun bergerak pulang.. sampai kat rumah, aku tak tahu nak buat apa dulu dengan kereta ni.. sekarang ni, dah hias la kot sikit2.. letak patung Octo kat depan dengan Smiley moo~ kat cermin belakang.. huhu.. alhamdulillah.. lepas ni tak ada la kot nak susahkan ayah aku lagi.. (dah beberapa kali dah ayah aku lambat gi pejabat sebabkan aku.. kui3..) tuk sambung study (harap2 masih teringin), kena kumpul duit lagi la lepas ni.. ok..!! aja2 fightin'!! (^_^)

p/s: kereta ni je la yang mampu beli.. ok la kot kan? plan asal nak ambil proton savvy.. tapi atas nasihat orang2 yang berpengalaman, tukar la ke kereta ini.. huhu..



Friday, November 11, 2011

the day to be remembered..

salam semua..

lama juga aku tak update blog ni kan? ngee~ tak tahu kenapa hari ni terfikirkan untuk mengarang sesuatu.. entah kenapa aku sampai sekarang teringatkan mimpi aku semalam tentang F dengan N.. haha.. nak dicerita, tak perlu la kot.. hakikat dia memang mustahil agaknya tuk jadi kenyataan... B-)

guess what is the date for today?? 11.11.11.. nice right? last year time 10.10.10, aku dan kawan2 course aku konvo pada hari tu.. tarikh triplicate tahun ni plak, kawan2 sekolah aku menikah.. 12.12.12?? maybe ade yang beranak pula kan?? who knows.. hehe.. apa2 pun aku berharap yang baik2 tuk kamu2 semua..

rutin hari ni? kerja sampai pukul 7 malam.. hoho.. pekerja cemerlang? owh tidak.. aku cuma malas nak buat banyak kerja minggu depan.. nanti ada je kerja laen yang datang.. so, i'm just finished up works supaya next week tak payah menghadap kerja yang sama lama2.. huhu..

esok aku dah ada aktiviti.. tengah excited juga sebab bakal first time experience.. ahad pun sudah di'book' oleh kawan kerja tuk ke kenduri kahwin kawan dia.. bila fikirkan balik, aku dah masuk peringkat dewasa agaknya sebab aku sudah mula terima undangan majlis kahwin kawan2 aku sendiri.. sebelum ni, aku just pergi majlis saudara tak pun anak2 kawan parents aku.. huhu.. aku masih ingin menjadi budak2..! XD

hehe.. till then friends.. daa~

Monday, July 25, 2011

kesetiaan

salam sejahtera::

maka kami, rakyat Malaysia berikrar.......(can't remember this part.. sorry.. sila rujuk belakang buku tulis sekolah.. thanks..).................prinsip2 yang berikut:
-Kepercayaan kepada Tuhan
-Kesetiaan kepada Raja dan negara
-Keluhuran perlembagaan
-Kedaulatan undang2
-Kesopanan dan kesetiaan

ntah kenapa malam ni aku teringat zaman sekolah dulu2.. saban minggu asyik laungkan ayat yang sama.. aku pasti semua orang pun macam tu kan? tiap2 isnin ada perhimpunan pagi.. nyanyi lagu Negaraku, lagu negeri, pastu lagu sekolah.. pastu ada guru besar pulak yang bagi ucapan.. ada juga ketua pelajar yang laungkan ikrar.. pastu ramai yang ikut.. aku percaya hampir kesemua sekolah pun macam tu.. harap2 semangat kenegaraan masih subur dalam diri setiap individu.. (haha.. tetiba topik ni la plak? ok.. nite..)

~berbakti kepada negara lebih baik daripada meminta negara berbakti kepada kita.. woohaa..! apa nak bagi sumbangan ea?~

iKaN KoDeK-KoDeK

~klik pada permukaan air utk memberi makan~