Thursday, September 16, 2010

rayer lagi..!!

salam aidilfitri semua.. (masuk raya ke-6 baru ingat nak ucap.. hehe..)

ok2.. post kali ni nak cerita pasal raya tahun ni kat penang.. mana lagi kampungku? situ je la.. mama and papa kampung sebelah menyebelah.. hehe.. jadi time kecik2 tu kitorang x kisah tido kat mana2 rumah nenek pun.. (tapi selalunya kitorang tido kat rumah nenek belah mak.. maybe sebab adik-beradik ayah ramai kot..) sekarang ni rumah tu dah jadi rumah terbiar dah.. sayang la.. rumah kampung yang dibina tanpa paku..

tapi bila dah besar ni, baru kitorang tido kat rumah kampung nenek belah ayah.. tapi kali ni, rumah tu dah kene roboh and dibina semula sebab anai2.. tadaa~

~kat atas tu rumah kampung yang sebelum kena roboh..~

kitorang aritu balik Penang 2 hari sebelum raya.. sampai je kampung, kena la kemas2 sikit.. nak dijadikan cerita, daun palas yang beli kat KL kitorang lupa nak bawa balik.. last2 kena la gi cari balik kat kampung.. haha.. nasib baik ada gak jual.. malam tu kitorang lipat la daun palas..

sehari sebelum raya, kitorang masak rendang daging and beberapa lauk pauk tuk masa berbuka.. (tapi time tu baru tengahari..) memang serius, mama aku hidang lauk kat meja macam kitorang nak makan tengahari.. haha..

malam tu, kerja aku dengan kakak aku adalah membungkus ketupat.. time ni, memang tangan kitorang 'aktif' bekerja.. sambil bungkus ketupat, sambil pukul nyamuk..! (malam time lipat daun ketupat tak de plak nyamuk..) and hasilnya..

ni pula hasil ketupat kitorang..

lepas habis bungkus ketupat, aku terus lari gi tengok TV.. kerja2 merebus ketupat, aku biar kat kakak aku.. hehe..

bila masuk 1st day raya, kitorang mulakan aktiviti dengan menziarahi kubur tok n tok wan dua2 belah and beberapa sedara yang lain.. pastu , baru gi melawat rumah tok wan sedara kat Kg Pulau Betong.. agak la.. 1st day raya pusing2 kat area Pulau Betong je..

2nd day raya baru gi pusing2 area Kg Perlis.. incident yang paling lawak bila ada satu rumah ni, awal2 dia tak de bagi duit raya kat aku and kakak aku.. ntah macam mana, time kitorang nak naik kereta gerak gi rumah orang lain dia hulurkan juga duit raya sebab dia baru dapat tahu yang kitorang berdua ni belum kerja lagi.. (belum kerja ea? hehe..) tak pe la.. alhamdulillah.. (^^,) rezeki jangan ditolak..

plan asal kitorang nak balik petang tu juga.. tapi since jambatan Penang tu ada kebakaran sikit, jadi kitorang tangguhkan dulu la.. pagi raya ke-3 baru bertolak balik.. jadi malam tu sempat la aku tengok program Siti kat TV1.. huhu..

raya ke-3, kitorang sempat beraya kat rumah mak sedara kat damansara je la.. sampai2 je KL terus gi singgah kota damansara.. nak bagi muruku yang mak sedara kirim beli kat kampung aritu.. sambil2 tu, nak gi melawat juga anak buah baru.. huhu.. bayi lebaran.. sepupu2 aku je ada anak.. bila lagi turn abang aku sorang ni?? hehe.. (^^,)

ok2.. cukup la dulu setakat ni ea..? ops.. jap2.. semalam ke kelmarin? aku ada dapat kad raya.. hehe.. kad raya ke-2.. (jadi la daripada tak da langsung..) bukan daripada yang special.. tapi yang pernah special.. huhu.. aku pun malas la nak marah2 dengan dia.. kalau dia SMS pun aku reply mana2 yang patut je.. tapi time kapel aritu tak de pulak dia nak bagi kad raya.. (ayat tu je yang terlintas kat kepala aku bila dapat kad raya dia..) hmm.. pape lah.. tapi dia ni pelik.. kalau orang tu saling berhubungan, maknanya diorang tak ada apa2 sengketa.. aku pulak, bila aku keep in touch dengan dia mesti aku jadi marah balik dengan dia.. tak tahu la kenapa macam tu.. so better aku diam je la.. aman dunia.. kan? just harapkan dia dah jumpa orang lain je la.. kalau ikut ayat kat FB dia, macam dia dah jumpa orang lain.. elok la tu sebab aku tahu dia tu tak suka hidup single2.. huhu.. "patah tumbuh hilang berganti".. (tapi macam dulu pun dia pernah cakap statement yang sama..) ikut suka dia la.. aku cuma menjadi pemerhati and wish for his happiness with other people.. (^^,)

adios~

No comments:

iKaN KoDeK-KoDeK

~klik pada permukaan air utk memberi makan~